Hadits Riwayat Muslim

Dari Abu Hurairah, ada seorang yang bertanya, “Ya, rasulullah siapakah orang yang paling berhak kuperlakukan dengan baik?” Nabi bersabda, “Ibumu, kemudian ibumu, kemudian ibumu, kemudian bapakmu, kemudian kerabat yang dekat dan yang dekat” (HR Muslim no 6665).

Rasulullah saw bersabda : Balighu 'anni Walau Ayah. Sampaikanlah dari ku walaupun satu ayat. (HR Bukhari)

Minggu, 11 Desember 2011

Mencari jodoh sebagai suatu ikhtiar

Memang dari ketentuan takdir bahawa jodoh pertemuan, ajal maut dan rezeki di tentukan Allah. Namun manusia tidak mampu menjangkau keputusan takdir Allah itu terhadap dirinya, kerana ia merupakan hak dan ketetapan Allah SWT. Itulah sebabnya Allah menyuruh manusia bekerja atau berikhtiar dalam menuju kepada ketentuan takdir yang telah ditetapkan-Nya. Mengenai jodoh ditentukan Allah ini mengandungi pengertian bahawa jodoh di tentukan Allah dan manusia wajib berikhtiar mencari dan memilihnya sesuai dengan ketentuan yang ditentukan-Nya.

Cita-cita untuk memilih suami mithali atau suami teladan memang ada dalam diri setiap wanita, samada yang sudah berkahwin ataupun mereka yang bakal berkahwin. Kerana ketenangan dan kebahagian rumahtangga hanya dapat dirasakan bagi mereka yang mempunyai pemimpin rumahtangga yang baik. Namun begitu kebanyakan wanita menyimpan rasa malu yang mendalam untuk meluahkan isi hati dan keinginannya jika ia menemui seorang lelaki yang dirasakan sesuai untuk menjadi pasangan dalam hidupnya. Rasa malu ini adalah fitrah yang perlu dijaga teruama berkaitan dengan mengerjakan perkara yang dilarang. Namun dalam masalah pemilihan jodoh ini adalah tidak salah dari segi syarak seorang wanita menyatakan keinginannya terhadap seseorang.

Perkahwinan antara Rasulullah SAW dengan Siti Khadijah adalah melalui luahan hati Khadijah agar Rasulullah SAW meminang dirinya dan menjadikannya sebagai isteri. Dengan perantaraan seseorang maka Khadijah menyatakan hasratnya tersebut, yang akhirnya dipersetujui oleh Rasulullah SAW dengan mengirimkan utusan untuk melamar Siti Khadijah. Rasa malu yang anda ungkapkan diatas bukanlah malu yang dianjurkan syariat tetapi malu yang telah dibina adat melayu sendiri. Padahal yang perlu kita malukan adalah menahan atau mencegah diri dari memenuhi keinginan syarak iaitu menyegerakan perkahwinan jika telah memenuhi syarat yang diperlukan.

Walaupun syarak mengizinkan seorang wanita menyatakan hasratnya (melamar) terhadap lelaki yang menjadi idmannya, namun perlulah diperhatikan adab-adab dan ketentuannya. Gunakanlah pihak ketiga untuk menyampaikan hasrat dan keingan anda tersebut, setelah itu jika lelaki tersebut setuju maka suruhlah ia datang melamar dan menyatakan hasrat persetujuannya kepada wali ataupun orang tua. Wallahu A'lam

Tidak ada komentar:

Posting Komentar